Seperti yang i bagitau kat fb tadi.. i ada buat Kek Batik Horlicks bersama Irfn kan.. Ha'.. nie ler rupa kek tu.. Sebenarnya resipinya sama jer ngan Kek Batik tu.. Cuma tukarkan milo dengan horlicks jer.. Lepas tu tukar biskut tu kepada yang berperisa coklat dan i tambahkan juga dark choc semasa melapisnya... Mudah kan.. Hehehe.. Tapi Kek Batik Horlicks nie bukan ler fav i ngan daughter.. Kalau hubby dan anak² lelaki i memang suka makan kek nie.. Yer ler kan.. selera masing²... :). I ngan daughter pula suka makan Kek Batik Milo tu... Tak per ler.. i c&p jer yer kat sini resipinya tu..
Bhn²
6 biji telur
250 gm mentega
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan horlicks
2 cawan Nestle nestum original ( boleh d kurangkan atau tak bubuh pun boleh )
1 tin kecil susu pekat ( 388 gm) _ susu krimer manis cap junjung
Biskut Marie berperisa coklat ( i guna Lee brand.. guna brand lain pun boleh yer )
Choc Rice secukupnya
Dark choc secukupnya
Cara²
- Pukul gula bersama mentega sehingga kembang.
- Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
- Tambahkan tepung gandum, nestum dan horlicks... pukul adunan sehingga ianya betul² sebati.
- Masak adunan menggunakan kuali.. ( spt membuat dodol tu.. e'eeh btl ker tu ek? i pun tak pernah buat dodol.. cuma tgk jer kat tv... heehee :D )
- Setelah adunan betul² pekat bolehlah d angkat.
- Sediakan loyang yang telah d lapis dengan kertas minyak atau aluminium foil dan bubuh sedikit adunan kek tadi.. ratakan.
- Kemudian susun biskut marie dan dark choc d atasnya .. (spt dlm Gambar A : : d bawah ). Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
- Taburkan choc rice d atasnya... Simpan d dalam peti ais sebelum d potong...
:: Gambar A ~ Yang nie lapisan kedua.. untuk lapisan pertama.. biskut tu tak perlu d patahkan. susun 3 baris. Lapisan kedua baru buat macam nie yer.. Lupa pula ambil gambarnya tadi.. huhuu ::
:: Nie potong sebelum d simpan d dalam peti ais ler nie.. potongan jadi tak kemas.. hehehe ::




13 comments:
cantik n kemas lah susunan tu hehee..but mcm tlampau pekat btl kn horlicks tu....
wahhhhh...cantiknya kek batik ni...
terliur mas tengok.....
mas tak pandai lagi buat kek batik...
cantik betoi tengok kek batik akak tu...
Assalamulaikum Diana
wah..memang cantik hasil air tangan Diana ni. kak ct pun macam Mas gak..dok terliur tengok pic dari Diana ni. kalau dapat merasa baru hilang kecur tu.. hihihi.
kak ct kurang sikit kalau kuih2 yang manis ni Diana. kalau nak buat kek batik anak dara kak ct jer yang suka makan. penghuni yang lain tak berapa gemar. jadi bila buat kena bagi kat jiran2 buat sedekah amal jariah :D
cantiknya kek batik..sure sedap. Rajin Irfan tolong mama dia..takde la macam Irfan akak, suruh ambik barang pun lambat jer..
anne ~
tq ... a'aa anne.. mmg pekat gitu.. tu yg akak kureng ckit tu suka.. tp anak2 lelaki akak n hubby juga jiran akak suka makan.. sempat bg kat jiran semalam.. hehhee
mas ~
t.kasih..hehhee.. senang jer nak buat nie mas.. yg penting semasa memasaknya tu.. kena gaul sentiasa..
ct delima ~
wsalam akak..
t.kasih akak... ehhehe... ada lagi nie akak.. kalau dkt boleh bagi kat akak.. sebab diana buat 2 adunan sekali smlm.. hehehe..
sama ler ngan diana akak... tp kalau versi milo ok ckit.. untuk versi horlicks nie diana pun mmg terasa cam manis ckit.. hehehe
cendana kasih ~
t.kasih ... ermm.. irfan diana tu suka tu akak tlg mummy dia kat dapur kalau buat kek atau biskut.. tp tlg tgk jer ler dia akak... sambil cakap.." mmmm.. sedaaapnyaaa... " hehehe.. tu jer ler kerja dia akak.. heehee.
Salam,
Ada kelainan sikit kek batik ni. Bagus juga kalau diubahsuai resepi supaya ada pelbagai rasa.
wsalam...
a'aa... d olah untuk mempelbagaikan lagi rasa kek tu.. mengikut permintaan anak2.. ehhehee
Nice...arghh!! tak sabaq nak kawen...haha..
sebab kalau dah kawen mesti kena ada rumah..dah ada rumah mesti ada dapur...dah ada dapur mesti kena masak...
oreo hitam ~
hehehe... x per2.. nnt bila dah kahwin berasap ler dapur tu kan kan kan... heehee ;)
wahhh... nmpak sedap dan senang nk di buat. penah buat kek batik, tp yg ni lain skt. mst cuba ni. tentu sedap...
wrong timing lah jumpa blog ni. patut datang masa kenyang. ni rasa kebulur dah tengok macam2 menu. haha.
Salam kenal...
menarik kek batik ni ...tengok bahan2 tu pon dah tau mmg sedap...nnt nak cubalah..tq
Post a Comment