Assalamualaikum dan Salam Sayang... Malam nie Diana nak kongsikan sekali lagi resipi dari dapur CMG... Sebenarnya nie Diana guna resipi dari Sup Tulang Lembu oleh CMG.. Hari tu Diana dah cuba guna Tulang Lembu... Memang sedap.. Lepas tu semalam hubby nak Diana masak ikut resipi tu tapi ganti dengan Jumbo Bakso dan Jejari Ketam... Memang sedap juga.. Terima kasih kat CMG sekali lagi d atas resipi yang sedap nie.. :)
Kalau nak tengok resipinya klik kat SINI yer.. atau kat dapur CMG @ Dapur Tanpa Sempadan.. Cuma kali nie Diana tukarkan tulang lembu tu dengan Figo_Jumbo Bakso dan Jejari Ketam.. Dan Ianya sedap d makan macam tu jer atau dengan sos dan kacang tanah / gajus goreng yang d tumbuk... Diana guna gajus goreng yang d tumbuk halus.. Taburkan d atas sup nie ketika menghidang...
Untuk resipi sosnya pula.. Diana guna resipi dari dapur Akak Anymz.. Terima kasih kat akak kerana sudi berkongsi resipi sos yang sedap nie... rasanya mmg unik.. ada rasa masam.. masin dan manis.. mmg sedaaap sangat... Diana juga doakan moga Akak Anymz sihat² sejahtera hendaknya selalu... Banyakkan rehat yer akak... take care tau... Dan izinkan Diana kongsikan resipi nie kat dapur Diana pula yer akak... Terima kasih akak... Muahsss ❤
~ Sos Kuah Tauhu Sumbat...
:: Resipi oleh ~ Akak Anymz @ My kitchen ( TQ )
Bhn²
Cili kering - RM1
Bawang putih - 5 ulas
Bawang kecil - 3 ulas
Gula
Garam
2-3 cawan air panas
Cara²
- Cili kering di gunting.. keluarkan biji, bersihkan dan di rebus.
- Kemudian di kisar bersama kedua² bawang bersama air panas..Keluarkan.
- Dalam mangkuk gaulkan cili kisar bersama garam dan gula dan air panas.
- Campurkan sos tomato kimball anggaran 1/2 botol.
- Lebihkan garam dulu, kemudian rasanya hendaklah ada manis,masamdan masin.
- Tidak perlu di masak sebab kita sudah menggunakan air panas semasa memprosesnya.





































